β›Ί Live Programme Β· Online via Zoom

Algebra Camp, Enlighten (ACE)

Bengkel intensif 2 hari yang membetulkan asas Algebra anak anda β€” langkah demi langkah, bersama Teacher Nora. Terbuka untuk semua pelajar Tingkatan 1–5.

πŸ“… 2 Hari Intensif πŸ• 9:00 pagi - 5.00 petang πŸ’» Live via ZOOM πŸ“š 1400+ Soalan dan Jawapan
Daftar Early Bird - RM149 Lihat Program ↓
2
Hari Intensif
7
Jam Sehari
1400+
Bank Soalan
T1–T5
Semua Tingkatan
♾️
Rakaman Penuh
Why Algebra Camp Is Different?

Kenapa Algebra Camp Berbeza?

Bukan sekadar kelas tambahan β€” ia program yang fokus 100% pada punca sebenar: asas algebra.

🎯
100% Fokus Algebra
Topik yang paling ditakuti pelajar β€” diselesaikan terus, langkah demi langkah.
πŸ†
Selari KSSM
Semua kandungan mengikut silibus UASA & SPM untuk Tingkatan 1 hingga 5.
πŸ“¦
Modul MMA Disertakan
Setiap peserta dapat modul digital MMA 1.0 & 2.0 β€” tanpa bayaran tambahan.
πŸ“
Asas Dahulu
Hari 1 bina asas, Hari 2 naik ke aras lanjutan. Tiada jalan pintas β€” asas kukuh wajib.
πŸ’»
Live via ZOOM
Belajar dari rumah, di mana sahaja dalam Malaysia. Tiada aplikasi rumit perlu dipasang.
πŸ”
Tonton Semula
Semua sesi dirakam β€” ulang tonton sebelum peperiksaan, seberapa kerap yang perlu.
The Real Problem

Apa Yang Berlaku Bila Asas Algebra Anak Rapuh

Masalah algebra jarang muncul sekali gus. Ia menyusup perlahan β€” satu bab ke satu bab β€” sehingga anak sendiri tak sedar di mana silapnya.

1️⃣
Setiap bab baharu terasa makin berat
Hampir semua tajuk Matematik menengah berdiri atas algebra β€” ungkapan, pengembangan, pemfaktoran, persamaan. Bila tapaknya longgar, anak rasa "susah" tanpa tahu punca sebenarnya.
2️⃣
Jurang yang tersembunyi sampai ke tingkatan atas
Di Tingkatan 1–3, anak mungkin masih boleh lepas dengan menghafal langkah. Tapi bila soalan makin kompleks menjelang SPM, jurang asas yang tak pernah ditutup akhirnya terserlah.
3️⃣
Anak mula label diri "lemah Matematik"
Bila silap berulang, keyakinan runtuh dulu sebelum markah. Anak mula percaya dia memang tak pandai β€” sedangkan masalahnya cuma asas yang belum pernah dibetulkan.
Is This For You?

Camp Ini Untuk Siapa?

Satu program, semua tingkatan belajar bersama β€” dari yang baru kenal algebra hinggalah yang perlu repair asas sebelum SPM.

🌱
Tingkatan 1 – 3

Belum ada masalah besar β€” tapi anda mahu pastikan ia kekal begitu. Masa terbaik bina asas ialah sebelum masalah bermula.

Bina asas lebih awal
πŸ“ˆ
Tingkatan 4 – 5

Asas algebra yang tertinggal sedang menjejaskan markah Matematik. Camp ini menutup jurang itu supaya anak lebih yakin hadapi SPM.

Repair sebelum SPM

Camp ini sesuai kalau anak anda…

βœ“Blur atau hilang fokus setiap kali nampak "x" dan "y"
βœ“Boleh ikut contoh dalam kelas, tapi buntu bila soalan ditukar sedikit
βœ“Ada banyak nota, tapi kurang latihan berstruktur untuk betul-betul mahir
βœ“Pernah rasa "malas Math" sebenarnya kerana tak faham asasnya
βœ“Perlu satu program fokus yang mula dari asas dan naik secara berperingkat
There's A Way Out

Ada Cara Untuk Betulkan Semua Ini β€” Dalam 2 Hari Intensif

Bukan dengan menambah lagi jam kelas atau menimbun nota. Tapi dengan program yang menuju terus ke akar masalah: asas algebra yang perlu diperbaiki, dibimbing langkah demi langkah bersama Teacher Nora β€” pencipta modul MMA yang telah membantu pelajar akhirnya mula faham, bukan sekadar menghafal.

What Your Child Will Gain?

Dalam 2 Hari, Anak Anda Akan:

πŸ“Œ Faham cara menulis, menilai & mempermudah ungkapan algebra β€” asas yang semua bab lain bergantung padanya.
πŸ“Œ Kuasai teknik pengembangan & pemfaktoran β€” kemahiran yang paling kerap "makan" markah dalam peperiksaan.
πŸ“Œ Selesaikan persamaan linear secara sistematik dan yakin, mengikut format peperiksaan sebenar.
πŸ“Œ Miliki 1,400+ soalan latihan (MMA 1.0 + 2.0) untuk ulang kaji sepanjang tahun β€” bukan hanya semasa camp.
πŸ“Œ Simpan rakaman penuh untuk ditonton semula bila-bila masa sebelum peperiksaan.
The Syllabus

2 Hari, 2 Peringkat Penguasaan

Hari 1 kukuhkan asas (MMA 1.0). Hari 2 naik ke aras lanjutan (MMA 2.0). Semua tingkatan ikut kedua-dua hari.

Hari 1 Β· Fokus MMA 1.0
Asas Algebra
Bina tapak yang kukuh
β–ΆPengenalan algebra & pemboleh ubah (apa itu "x"?)
β–ΆSebutan serupa & tak serupa
β–ΆMenulis & mempermudah ungkapan algebra
β–ΆPersamaan algebra ringkas & pecahan algebra
β–ΆPersamaan linear β€” satu pemboleh ubah & serentak
Hari 2 Β· Fokus MMA 2.0
Algebra Lanjutan
Naik ke aras peperiksaan
β–ΆPengembangan β€” satu kurungan hingga identiti algebra
β–ΆPemfaktoran β€” faktor sepunya hingga kuadratik
β–ΆPersamaan kuadratik & aplikasinya
β–ΆMasalah berayat β€” algebra dalam situasi sebenar
β–ΆTeknik menjawab & pengurusan masa dalam exam
Programme Schedule

Tentatif Program

Dua hari intensif dari pagi ke petang. Jadual waktu sama untuk kedua-dua hari β€” cuma fokus modulnya berbeza.

Hari 1 β€” Asas Algebra
Fokus MMA 1.0
8:30–9:00 pgKemasukan β€” log masuk Zoom & ujian teknikal
9:00–12:30 tghSesi Pagi β€” ungkapan & operasi algebra asas (konsep + latihan terbimbing)
12:30–2:00 ptgRehat & solat Zohor
2:00–5:00 ptgSesi Petang β€” persamaan linear (konsep + latihan terbimbing) + Q&A live
5:00 ptgBersurai
Hari 2 β€” Algebra Lanjutan
Fokus MMA 2.0
8:30–9:00 pgKemasukan β€” log masuk Zoom & ujian teknikal
9:00–12:30 tghSesi Pagi β€” pengembangan algebra (konsep + latihan terbimbing)
12:30–2:00 ptgRehat & solat Zohor
2:00–5:00 ptgSesi Petang β€” pemfaktoran, Ungkapan Algebra & Hukum Operasi Asas Aritmetik + teknik menjawab exam
5:00 ptgBersurai

* Tentatif tertakluk pada perubahan. Sebarang kemas kini akan dimaklumkan kepada peserta yang berdaftar.

Everything You Get

Apa Yang Disertakan

πŸŽ₯
2 Hari Bengkel Live
Sesi intensif pagi ke petang bersama Teacher Nora, live & interaktif melalui Zoom.
πŸ“š
Modul MMA 1.0 + 2.0
Softcopy penuh β€” 1,400+ bank soalan + jawapan langkah demi langkah, disusun mengikut modul.
♾️
Rakaman Seumur Hidup
Semua sesi dirakam. Tonton semula bila-bila masa β€” tiada tarikh luput.
πŸŽ“
e-Sijil Penyertaan
Sijil digital penyertaan Algebra Camp untuk setiap peserta yang melengkapkan camp.
Secure Your Spot

Pelaburan Kecil, Kesan Besar

Harga Early Bird terhad untuk 150 peserta pertama sahaja. Selepas itu, harga kembali normal.

Pendaftaran Terkini
{{ seatsFilled }} / {{ seatsTotal }} Peserta
Tempat Terhad
Slot dikemas kini secara real time
πŸ›‘οΈ Pendaftaran akan ditutup dalam:
{{ cdDays }}
Hari
{{ cdHours }}
Jam
{{ cdMins }}
Minit
{{ cdSecs }}
Saat
πŸ”₯ Early Bird Β· 150 Peserta Pertama
Algebra Camp β€” 2 Hari Penuh
Live via Zoom Β· T1–T5
RM149 RM197
untuk 2 hari penuh (9 pagi – 5 petang)
βœ“2 Hari Bengkel Intensif bersama Teacher Nora
βœ“Modul MMA 1.0 + 2.0 β€” 1,400+ bank soalan + jawapan
βœ“Rakaman penuh 2 hari β€” akses seumur hidup
βœ“e-Sijil penyertaan
Daftar Sekarang
Harga kembali ke RM197 selepas 150 slot Early Bird penuh.
Harga Biasa
Algebra Camp β€” 2 Hari Penuh
Live via Zoom Β· T1–T5
RM197
untuk 2 hari penuh (9 pagi – 5 petang)
βœ“2 Hari Bengkel Intensif bersama Teacher Nora
βœ“Modul MMA 1.0 + 2.0 β€” 1,400+ bank soalan + jawapan
βœ“Rakaman penuh 2 hari β€” akses seumur hidup
βœ“e-Sijil penyertaan
πŸ”’ Belum Dibuka
Daftar sekarang pada harga Early Bird sebelum slot habis
πŸ”’ Belum Mula β€” 150 Early Bird habis
How To Register

3 Langkah Mudah

1
Isi Borang & Bayar
Lengkapkan butiran anak anda dan buat pembayaran secara selamat dalam talian.
2
Semak Email & WhatsApp
Selepas bayar, anda akan terima link Zoom, modul & semua maklumat melalui email dan WhatsApp.
3
Join & Kuasai Algebra
Log masuk Zoom pada hari camp dan mula betulkan asas algebra bersama Teacher Nora!

Spots are limited β€” join us now! πŸŽ‰

Jangan tunggu sehingga anak anda tertekan sebelum peperiksaan. Tempat di Kem Algebra kini bermakna keyakinan selama berbulan-bulan untuk memasuki UASA. Apabila penuh, ia tetap penuh. Dapatkan tempat anak anda hari ini sebelum orang lain mengambilnya.

πŸ›’ Daftar Early Bird β€” RM 149.00
FAQ

Soalan Sering Ditanya

Sesuai tak untuk pelajar Tingkatan 1–3? Topik terlalu susah?
Tidak. Setiap modul bermula dari asas dan naik secara berperingkat. Hari 1 fokus asas (MMA 1.0), Hari 2 aras lanjutan (MMA 2.0). Ibu bapa yang daftarkan anak Tingkatan 1–3 sebenarnya yang paling bijak.
Anak saya Tingkatan 4–5. Dah terlambat ke nak baiki asas?
Tidak terlambat. Asas algebra yang dibetulkan sekarang akan terus membantu dalam hampir setiap topik Matematik sehingga SPM.
Bengkel online boleh berkesan macam kelas fizikal?
Ya. Camp dijalankan secara live interaktif melalui Zoom β€” anak boleh tanya soalan dan Teacher Nora jawab terus. Rakaman HD juga disediakan.
Kalau anak tak dapat hadir sepenuhnya?
Jangan risau β€” semua sesi dirakam dan peserta dapat akses seumur hidup. Boleh tonton semula bila-bila masa.
Macam mana nak dapat Zoom link dan modul?
Selepas pembayaran berjaya, link Zoom, modul MMA dan semua maklumat akan dihantar ke email dan WhatsApp anda.
Macam mana nak buat pembayaran?
Pembayaran dibuat secara selamat dalam talian β€” FPX (semua bank utama Malaysia) atau kad debit/kredit Visa & Mastercard.
Boleh batalkan pendaftaran?
Pendaftaran tidak boleh dibatalkan atau dipindahkan kepada rakan atau ahli keluarga lain dan pembayaran yang telah dibuat tidak dikembalikan.